PERUMPAMAAN

 PERUMPAMAAN


1    Perumpamaan ialah peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.
2   Perumpamaan biasanya menggunakan kata bandingan seperti bagai, ibarat, laksana, seperti,
      dan umpama.
3    Contoh perumpamaan :

Perumpamaan

Maksud

Bagai air titik ke batu
Sukar memberikan nasihat kepada orang yang degil
Bagai aur dengan tebing
Saling bekerjasama
Bagai Belanda meminta tanah
Orang yang tamak
Bagai dihiris dengan sembilu
Sangat pedih rasa hati
Bagai enau dalam belukar
Orang yang mementingkan diri sendiri
Bagai inai dengan kuku
Persahabatan yang erat
Bagai kucing kehilangan anak
Keadaan yang tidak tentu arah
Bagai lebah menghimpun madu
Amat rajin
Bagai lidah biawak
Kata-kata yang tidak boleh dipercayai
Bagai melepaskan batuk di tangga.
Membuat kerja dengan sambalewa
Bagai pinang dibelah dua.
Pasangan yang sepadan.
Ibarat abu di atas tunggul
Kedudukan yang tidak tetap dan pada bila-bila masa akan dipecat
Ibarat anak ayam kehilangan ibu
Rakyat menjadi susah kerana kehilangan pemimpin
Ibarat anjing kepala buruk
Orang yang sangat dibenci oleh masyarakat
Ibarat burung, mata lepas badan terkurung
Tiada kebebasan walaupun mengecap kemewahan
Ibarat mencurah air ke daun keladi
Perbuatan yang tidak berfaedah
Ibarat telur semangkuk, pecah sebiji pecah semua
Jika seorang ahli kumpulan mendapat susah, yang lain turut merasainya
Laksana bulan dipagar bintang
Sangat cantik
Laksana bunga dedap, merah ada berbau tidak
Seseorang yang elok rupa parasnya tetapi tidak berbudi bahasa.
Laksana kapur dengan kunyit
Serasi atau rapat sekali
Laksana menatang minyak yang penuh
Melayan dengan sangat baik
Laksana pokok kayu tidak berbuah
Ilmu yang tidak diamalkan
Seperti anjing dengan bayang-bayang
Bersikap tamak
Seperti anjing dengan kucing
Dua orang yang akan bergaduh apabila bertemu
Seperti api dalam sekam
Perbuatan jahat secara tersembunyi
Seperti ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Kehidupan yang miskin
Seperti cincin dengan permata
Pasangan atau sesuatu yang amat sepadan
Seperti katak di bawah tempurung
Orang yang cetek pengetahuan
Seperti rusa masuk kampung
Tercengang-cengang
Umpama isi dengan kuku
Hubungan yang rapat
Umpama kacang lupakan kulit
Tidak mengenang jasa
Umpama kumbang putus tali
Bebas daripada kesulitan
Umpama tebu, habis manis sepah dibuang.
Seseorang yang ditinggalkan akibat kecantikan atau keistimewaannya telah hilang.


AYAT CONTOH :
a)     Nini dan Khairil kelihatan sangat sepadan bagai pinang dibelah dua.
b)    Wajah pengantin itu kelihatan berseri-seri laksana bulan dipagar bintang.
c)     Amirul dan Remy seperti anjing dengan kucing kerana pasti akan bergaduh setiap kali mereka berjumpa.
d)    Azri umpama kacang lupakan kulit kerana tidak menghargai pertolongan pak ciknya setelah berjaya dalam pelajaran.

No comments:

Post a Comment