RPH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TARIKH                             : 20 Mei 2014
HARI                                   : Isnin
MATA PELAJARAN        : Melayu Bahasa
KELAS                                : 6 Arif
MASA                                 : 09.15 am hingga 10.15 am
BILANGAN PELAJAR     : 19 orang
TAJUK                                 : Karangan peribahasa - “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan”
KEMAHIRAN                    : Menulis
FOKUS UTAMA                : 8.6 Aras 3 (i) – Menulis karangan lengkap menepati
                     Ciri-ciri wacana yang baik.
FOKUS SAMPINGAN       : 8.4 Aras 3 (i) – Menulis karangan dengan menggunakan
                     ayat topik dan ayat huraian yang lengkap.
OBJEKTIF                            : Pada akhir pembelajaran ini murid-murid akan dapat :
  1. Menyediakan peta minda mengikut tajuk yang diberi.
  2. Menulis karangan peribahasa berdasarkan peta minda yang disediakan.
PENGETAHUAN SEDIA ADA                : Murid mempunyai pengetahuan tentang pelbagai
                                makna peribahasa.
SISTEM BAHASA                                    : i - Tatabahasa – peribahasa
                               ii- Kosa kata - sepakat, berkat, bergotong-royong,
                               masalah, roboh dan lain- lain.
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH    : Kemahiran Berfikir – menjana idea.
NILAI MURNI                                           : Bekerjasama dan bantu-membantu
BBM                                                            : Kad manila, gambar, video, buku penulisan LCD
                               Projektor dan skrin.
LANGKAH / MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Set induksi
(5 minit)
  1. Video
  1. Guru memasang video yang berkaitan dengan peribahasa.
  2. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai video yang ditonton.
  3. Murid meneka apa yang ditonton.
  4. Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran pada hari itu iaitu peribahasa.

1.BBM: video

2.NILAI:prihatin
Langkah 2
(10 minit)
  1. Blog peribahasa
  1. Guru membuka blog dan menerangkan sepintas lalu mengenai definisi peribahasa kepada murid.
  2. Guru menunjukkan contoh-contoh peribahasa kepada murid.
  3. Guru menerangkan kepada murid bahawa mereka akan menulis satu karangan berasaskan peribahasa yang bertajuk “ di mana ada kemahuan di situ ada jalan”.
1.BBM:blog

2.NILAI:keyakinan diri



Langkah 3
(15 minit)
  1. Peta minda (berkumpulan)
  1. Guru membimbing murid membina peta minda berdasarkan tajuk peribahasa yang diberi “di mana ada kemahuan di situ ada jalan”.
  2. Murid memberikan idea berbentuk isi cerita yang berkaitan dengan tajuk.
  3. Guru membentuk kumpulan murid untuk membina peta minda.
  4. Murid membina peta minda dalam kumpulan masing-masing.
  5. Guru membimbing murid untuk membentang peta minda mengikut kumpulan.
  6. Murid membentang peta minda mengikut kumpulan.
  7. Guru memilih peta minda yang terbaik dan meminta murid menyalin ke dalam buku penulisan masing-masing.

1.BBM:manila kad

2.NILAI:kerjasama
Langkah 4
(15 minit)
  1. Menulis karangan bertajuk “di mana ada kemahuan di situ ada jalan”.
  1. Guru meminta murid menulis karangan berdasarkan peta minda yang telah disalin.
  2. Murid menulis karangan berdasarkan peta minda yang telah disalin.




Langkah 5
(10 minit)
  1. Membaca karangan
  1. Guru meminta murid yang dipilih secara rawak untuk membaca karangan yang telah ditulis.
  2. Murid yang dipilih membacakan karangan yang telah ditulis.
  3. Guru member komen mengenai karangan yang telah dibaca oleh murid secara rawak.
  4. Murid mendengar komen guru dan bertanya soalan sekiranya ada kemusykilan tentang karangan yang telah disiapkan.

BBM:buku karangan

NILAI:mematuhi peraturan dan rasional
Penutup
(10 minit)
  1. Rumusan
  1. Guru membuat rumusan berkaitan pembelajaran hari ini.
  2. Guru menayangkan contoh-contoh karangan peribahasa.
BBM:blog

NILAI:menghargai budaya dan warisan

No comments:

Post a Comment