BIDALAN

 BIDALAN

1   Bidalan ialah peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran yang bernas.
2   Contoh bidalan:

Bidalan

Maksud

Ada udang di sebalik batu Mempunyai maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan
Alah bisa tegal biasa Jikalau sudah biasa, segala kesusahan tidak akan terasa lagi
Air dicincang tiada putus Pertelingkahan antara adik-beradik tidak akan lama
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam Orang yang bodoh jika belajar akan pandai juga
Belum duduk sudah berlunjur Membuat sesuatu kerja sebelum tiba masanya
Biar lambat asal selamat Membuat sesuatu pekerjaan biarlah dengan teliti dan cermat
Cencaru makan petang Mendapat kemenangan pada saat-saat akhir
Gengam bara api biar sampai jadi arang Melakukan sesuatu perkara yang susah mestilah bersabar
Hujan jatuh ke pasir Perbuatan yang tidak bermakna
Indah khabar daripada rupa Perkhabaran yang ditokok tambah daripada keadaan asalnya
Lempar batu sembunyi tangan Pura-pura tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan
Marahkan nyamuk kelambu dibakar Tindakan terburu-buru  yang hanya merugikan diri sendiri
Nasi sudah menjadi bubur Penyesalan yang sudah tidak bermakna lagi
Sediakan payung sebelum hujan Bersedia sebelum sesuatu perkara yang buruk berlaku
Sudah terhantuk baru terngadah Sesudah mendapat kesusahan baru beringat-ingat
Tiada beban batu digalas Sengaja mencari sesuatu yang menyusahkan diri sendiri


AYAT CONTOH :
a)      Setelah tiga tahun tinggal di pedalaman, segala kesulitan tidak terasa lagi bak kata bidalan, alah bisa tegal biasa.
b)      Kawasan rekreasi itu tidak secantik seperti yang diceritakan oleh Hanim, sebaliknya hanya indah khabar daripada rupa.
c)      “Usahlah kamu menyesal kerana nasi sudah menjadi bubur,” kata ayah kepada kakak.

No comments:

Post a Comment