ASAH MINDA

SOALAN SIMPULAN BAHASA

  Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

1.      Mereka sekeluarga bercadang untuk __________________ ke Pulau Pangkor pada minggu hadapan.
2.      Puan Latifah sentiasa ___________________ akan prestasi pelajaran anak-anaknya.
3.      Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan __________________ ketika menulis 
            karangan.
4.      Kumpulan pelancong asing itu berasa kagum apabila melihat keunikan 
            _________________ para pekerja di pusat kraf tangan tersebut.
5.      Mereka sedang __________________ tentang isu pembuangan sampah di kawasan
            kediaman mereka.

6.      Badrul sedang ___________________ untuk mendapatkan wang bagi membayar yuran sekolahnya. 

SOALAN PERUMPAMAAN

 Tulis perumpamaan yang sesuai dengan pernyataan yang diberikan.

1          Pemuda itu tidak mahu bercampur gaul dengan masyarakat setempat sehingga tidak mengetahui hal-hal semasa yang berlaku di sekelilingya.
( _______________________________________________ )
2          Mamat dan Amin pasti akan bertengkar jika mereka berjumpa.
( _______________________________________________ )
3          Semua penduduk di Kampung Permata hidup bantu-membantu sehingga kehidupan mereka sangat harmoni. ( ______________________________________________ )
4          Perasaannya benar-benar sedih tatkala mendengar kata-kata dan tuduhan yang dilemparkan oleh rakannya itu. ( __________________________________________)
5          Kedudukan Ravi di syarikat itu benar-benar terancam kerana pada bila-bila masa sahaja dia boleh diberhentikan oleh majikannya. ( ____________________________)
6          Keakraban hubungan persahabatan Hanim dan Dila memang telah diketahui oleh rakan-rakan di sekolah mereka. ( _________________________________________)

SOALAN PEPATAH

Lengkapkan ayat dengan pepatah yang paling sesuai.

1        Hakimi tidak mengahadapi sebarang masalah kewangan untuk menjalankan projek penternakan ikan keli, bak kata pepatah _____________________________________
_______________________________________ kerana keluarganya sangat kaya.
2        Perbuatan Balan memburuk-burukkan Amri hanya ____________________________
________________________________________ kerana Amri dikenali sebagai seorang murid yang baik dan bertanggungjawab.
3        Anak-anak Puan Hanani sangat berbudi bahasa seperti ibu mereka kerana _____________________________________________________________________.
4        Penduduk di kampung itu sentiasa bekerjasama ketika menjalankan pelbagai aktiviti yang dijalankan di kampung mereka kerana mereka mengamalkan sikap _____________________________________________________________________.
5        Pendapatan bulanannya sentiasa tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarganya kerana _____________________________________________________.

6        “ Lukman, kita perlu ____________________________________________________ agar rahsia ini tidak akan terbongkar,” pesan Alif.

SOALAN BIDALAN

Garis bidalan yang paling sesuai.

1        Mak Lijah pasti bahawa Jamil membantunya kerana (ada udang di sebalik batu; tiada beban batu digalas).
2        Pak Cik Ghani percaya bahawa anak-anaknya yang berselisih faham akan berbaik-baik semula kerana (air dicincang tidak akan putus; belakang parang kalau diasah lagikan tajam).
3        Kak Shera tidak berasa kekok lagi untuk membuat kerja-kerja di sawah kerana (alah bias tegal biasa; belum duduk sudah berlunjur).
4        Tindakan Hana menasihati Murad hanya seperti (cencaru makan petang; hujan jatuh ke pasir) kerana Murad langsung tidak menghargainya.
5        Abang Rashdan menegur Rusdi yang bersikap (lempar batu sembunyi tangan; marahkan nyamuk kelambu dibakar) kerana tidak bertanggungjawab terhadap perbuatannya.

6        “Nani, janganlah cepat berputus asa apabila menghadapi kegagalan, sebaliknya kamu perlu (genggam bara api, biar sampai jadi arang; sediakan payung sebelum hujan) untuk mencapai kejayaan,” Nasihat Kak Yana.

SOALAN BANDINGAN SEMACAM

Isi tempat kosong dengan bandingan semacam

1        Pak Mat yang ________________________ begitu bijak dalam menyelesaikan pertelingkahan antara kedua-dua orang pemuda itu.
2        Kotak yang sangat ______________________________ itu tidak terangkat oleh Kamil yang berbadan kecil.
3        Pelbagai usaha telah dilakukan oleh ibu bapa Alan untuk mengubah sikapnya yang __________________________.
4        Ramai pemuda yang terpikat apabila melihat senyuman kakak yang sangat ______________________.
5        Hai, beruntungnya Mak Limah kerana anak-anaknya yang __________________________ sering membantunya!
6        Murid lelaki yang __________________________ itu terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan lompat tinggi di sekolahnya.

No comments:

Post a Comment