PEPATAH

PEPATAH

1    Pepatah ialah peribahasa yang berangkap.
Pengulangan kata dalam rangkap pepatah adalah untuk penegasan unsur-unsur pengajaran   
      yang hendak disampaikan.
3    Contoh pepatah :

Pepatah

Maksud

Ada gula adalah semut Tempat yang banyak rezeki akan menjadi tumpuan ramai
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras Orang yang berada senang untuk mencapai apa-apa sahaja hajatnya
Anak di pangku dilepaskan, beruk di rimba di susukan Mengabaikan urusan sendiri tetapi mementingkan urusan orang lain
Anjing menyalak bukit, bukit tidak akan runtuh Orang biasa yang memarahi orang yang berkuasa tidak akan mendatangkan apa-apa kesan
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya Seseorang anak yang mempunyai tingkah laku atau kepandaian yang sama dengan ibu bapanya
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Bekerjasama dan tolong-menolong dalam segala hal
Besar periuk, besarlah keraknya Banyak pendapatan, banyak pula belanjanya.
Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul Walaupun susah melihat orang yang menanggung beban, kesusahan lebih dirasai oleh orang yang menanggungnya.
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar Hendaklah berhati-hati apabila berkata-kata tentang sesuatu rahsia
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat Orang yang pandai, diamnya berfikir tetapi diam orang yang bodoh tidak ada faedahnya.
Hidup segan mati tidak mahu Hidup yang melarat kerana kemiskinan
Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis Berhati-hati dan berjimat sebelum harta benda kita habis.
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan Sanggup menerima dengan tangan terbuka.
Lain di mulut, lain di hati Kata-kata yang tidak sama dengan apa yang ada dalam fikiran.
Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih Menegur keburukan oarng lain walhal keburukan diri sendiri tidak disedari.
Patah tumbuh hilang berganti Sesuatu yang hilang pasti akan berganti
Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah Raja yang adil akan disayangi, raja yang zalim akan dibenci oleh rakyat.
Segan bertanya sesat jalan Orang yang tidak mahu bertanya akan menghadapi kesusahan
Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu Setelah tertipu sekali, akan berhati-hati pada waktu lain
Sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan Sedar dan insaf setelah melakukan kesilapan agar tidak terpesong jauh
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya Perkataan yang telah diucapkan tidak boleh ditarik balik
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam Andai bernasib baik, akan mendapat untung tetapi akan mengalami kerugian jika bernasib malang
Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran. Mahukan keuntungan yang lebih besar, yang ada turut hilang


AYAT CONTOH :
a)      Kuala Lumpur yang pesat membangun mempunyai penduduk yang ramai bak kata pepatah, ada gula adalah semut.
b)      Perangai Suguna mirip perangai emaknya kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
c)      Kita hendaklah sentiasa berjimat dan mengamalkan pepatah, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

No comments:

Post a Comment